Sunday, March 24, 2013

[Jejak] Arena Wati Berjaya di Rantau


MUHAMMAD Dahlan bin Abdul Biang, Andi Mohalan Andi Beang atau lebih dikenali sebagai Arena Wati lahir 30 Juli 1925 dan meninggal dunia 25 Januari 2009 merupakan Sasterawan Negara Malaysia pada 1988. Nama pena lainnya adalah Duta Muda dan Patria.

Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makassar, Indonesia. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II.

Semasa Perang Dunia II, ia memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuannya dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Dia menamatkan pengajian menengahnya di Makassar pada 1953.
Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, dan kemudiannya ke Johor Baru dan Brunei. Dalam tempo ini, beliau telah menjadi warganegara Malaysia dan antara 1962 hingga 1974, beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan sekitar 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara dan akhirnya menerima anugerah Sasterawan Negara pada 1988. Kebanyakan karya Arena Wati berbentuk akademik, imiginatif, mencabar minda dan kritikannya pedas dan berbisa.

Isterinya Halimah Sulong dan enam orang anak, Rahmahwati, Hiryati, Ilhamuddin, Ratna Siti Akbari, Hasanudin dan Kamaluddin Rostov. Novelnya yang pertama ialah Kisah Tiga Pelayaran pada 1959 di Singapura.

Selepas itu itu dia terus menulis termasuk: Lingkaran (1962), Sandera (1971), Rontok (1980), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993). Selain itu, Sukma Angin (1999), Cakra Waruga (KN), Sebuah Trilogi Tiga Genre (KT), Trilogi Busa-Busa Hati, Trilogi Busa - Busa Sukma, Trilogi Busa-Busa Kalbu, Trilogi Armageddon: Mandala (2004), Trilogi Armageddon: Menorah, Trilogi Armageddon: Pentagon dan Warna Sukma Usia Muda.

Lain-lain karyanya ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991), Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya, Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002).

Armageddon (2004), Kutukan dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004), Tujuh Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).

Kebanyakan karya beliau mempunyai tema permasalahan kelompok bawahan dan berkisar mengenai nasib atau pembelaan terhadap golongan tertindas yang digarap dari pengalaman merantau dari pulau ke pulau di Nusantara.

Novel Sandera menjadi teks kajian Sastera SPM sekitar 1980-an. Trilogi Bara-Baraya yang disiapkan ketika dirawat di HUKM berkisar mengenai perjuangan Melayu Nusantara. Rekannya A Samad Said menyifatkan Arena Wati sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam arena sastra.

Pencapaian yang pernah diraihnya SEA Write Award (1985), Anugerah Sasterawan Negara (1987), Sukma Angin (1999) memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99, Anugerah Penulisan Asia Tenggara 1985 (SEA Write Award) daripada Paduka Raja Thai dan Pemenang Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah Mastera) 2003.

Saat meninggal dunia dan jenazah Arena Wati dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau dirawat di Hospital HUKM Bandar Tun Razak sejak 20 September 2008 karena barah paru-paru.(fed/berbagai sumber)

Sumber: Riau Pos, Minggu, 24 Maret 2013

No comments: