S SHAMSUDIN atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Anak dari pasangan Dali bin Kechik asal Melaka dan Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura. S Shamsudin atau lebih populer dengan sapaan Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga sebelum memasuki dunia film. Dalam waktu luang, Sudin suka menonton wayang gambar.
Pada 1948, Sudin ke Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas dengan mengayuh kereta angin. Tujuannya semata-mata untuk melihat pembuatan film dari dekat. Kunjungan tersebut rupa-rupanya telah membuka peluang kepadanya untuk berperan sebagai pelakon tambahan dalam film Chempaka yang disutradarai BS Rajhans. Sudin dibayar sebanyak tiga ringgit yang merupakan bayaran biasa bagi pelakon tambahan ketika itu.
Beberapa hari kemudian, Sudin meminta untuk bekerja dengan MFP, apapun pekerjaannya. Nasib Sudin baik karena ia diterima bekerja sebagai tukang kayu untuk meminta set dan latar belakang film. Gaji yang diterimanya sebanyak lima puluh ringgit sebulan. Sudin dapat bayaran tambahan apabila diminta pula menjadi pelakon tambahan ataupun penari dalam sebuah film. Sudin awalnya berminat menjadi pelakon jika diberi peluang oleh siapapun sutradara. Akhirnya, impian itu menjadi kenyataan apabila sutradara film BS Rajhans memintanya berlakon dalam film, Aloha. Sudin berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan dialog, yang dianggap banyak bagi seorang pelakon baru.
Dalam film Aloha yang diterbitkan pada 1950, Sudin diberi peranan sebagai kawan baik P Ramlee. Peranan lucu itu memang sesuai dengan watak semula jadi Sudin yang suka membuat orang lain ketawa dengan gelagat lucu. Lakonan itu dianggap memuaskan dalam film tersebut yang turut dibintangi Osman Gumanti, Mariam, P Ramlee, AR Tompel dan D Harris. Sudin dinaikkan taraf sebagai pelakon dengan kontrak awal selama tiga tahun.
Gaji yang diterimanya sebagai pelakon sebanyak 70 ringgit sebulan, yaitu sama dengan gaji yang diterima P Ramlee ketika itu. Bedanya P Ramlee dapat bonus 300 ringgit setelah berlakon dalam sebuah film. Sementara Sudin menerima bonus 80 ringgit. Bintang Sudin memancar sebagai pelakon apabila dijadikan pelakon utama dalam film, Tas Tangan Wanita yang disutradari L Krishnan pada 1952. Tas Tangan Wanita merupakan sebuah film bercorak komedi yang dilakonkan Sudin bersama Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak.
Peningkatan yang besar berlaku pada Sudin saat P Ramlee untuk pertama kalinya menjadi sutradara film berunsur komedi pada 1957. Film Bujang Lapok menggabungkan tiga watak utama sebagai tunjang cerita iaitu S Shamsudin, Aziz Sattar dan P Ramlee. Berikutnya dengan kejayaan besar film Bujang Lapok, P Ramlee melanjutkan watak Bujang Lapok dengan tiga buah film lain, yaitu Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. Sebuah lagi film sutradara P Ramlee yang menonjolkan kekuatan dan kehebatan lakonan S Shamsudin ialah Antara Dua Darjat yang diterbitkan pada 1960. Film berbentuk drama serius itu disulami dengan kelucuan yang dihidupkan lakonan Sudin.
Sudin terus mencipta nama sebagai pelakon komedi dalam film-film keluaran MFP sehingga studio film itu ditutup pada 1967. Sudin kehilangan pekerjaan sama seperti rekan-rekannya yang lain yang sekian lama berkhidmat di MFP. Namun, peristiwa hitam yang menimpa para pekerja MFP itu, bukanlah noktah akhir padanya. Pada 1975 Sudin berlakon dalam film Keluarga si Comat yang diarahkan oleh teman karibnya, Aziz Sattar. Film Keluarga Si Comot yang dikeluarkan Deddy M Burhan dari Sabah Film menghidupkan semangat Sudin untuk terus berlakon dalam film Malaysia yang berkembang pesat hingga hari ini. S Shamsuddin menikah dengan Puteh binti Esmoon pada 1954 dan dikurnia tujuh anak.
Film yang dibintanginya antara lain: Eee...Hantu!!! (peran pembantu, 2007), Budak Lapok (pelakon utama, 2005), Pontianak Harum Sundal Malam 2 (artis jemputan, 1986), Bujang Lapok Kembali Daa (pelakon utama, 1981), Penyamun Tarbus (pelakon utama, 1981), Setinggan (pelakon utama, 1981), Dia Ibuku (pelakon pembantu, 1964), Tiga Abdul (pelakon pembantu, 1964), Bidasari (pelakon pembantu, 1964), Mambang Moden (pelakon pembantu, 1963), Nasib Si Labu Labi (pelakon pembantu, 1962), Siti Muslihat (pelakon pembantu, 1961), Seniman Bujang Lapok (pelakon utama, 1961), Ali Baba Bujang Lapok (pelakon utama, 1960), Antara Dua Darjat (pelakon pembantu, 1959), Nujum Pak Belalang (Pelakon Pembantu), 1959, Pendekar Bujang Lapok (pelakon utama, 1958), Sarjan Hassan (pelakon tambahan, 1958), Kaki Kuda (pelakon utama, 1957), Bujang Lapok (pelakon utama, 1956), Hang Tuah (pelakon pembantu, 1955), Abu Hassan Pencuri (pelakon tambahan, 1954), Panggilan Pulau (pelakon tambahan, 1953), Istana Impian (pelakon pembantu, 1952), Sedarah (pelakon pembantu, 1952), Aladdin (pelakon pembantu, 1951), Sejoli (pelakon pembantu, 1950) dan Aloha (pelakon tambahan).
Anugerah yang pernah diraihnya adalah Festival Film Malaysia Ke 22 - Anugerah Khas: Artis Veteren Lelaki pada 2009 dan Festival Film Malaysia ke 2 sebagai Pelawak Terbaik pada 1981.(berbagai sumber/fed)
Sumber: Riau Pos, Minggu, 6 Januari 2013

No comments:
Post a Comment