Sunday, January 13, 2013

[Jejak] Siput Sarawak, Berlakon Sepanjang Hayat

SIPUT Sarawak atau nama sebenarnya Ramlah binti Mohamad Sulaiman merupakan seorang seniwati film Melayu. Dilahirkan di Kuching, Sarawak, dia berlakon kali pertama dalam film arahan BS Rajhans, Cinta bersama Allahyarham S Roomai Noor pada 1948. Film Cinta memberi makna karena selepas itu dia dan S Roomai Noor menikahinya lalu mereka dikurniai buah hati dinamakan Ithnaini, sekarang lebih terkenal sebagai Anita Sarawak.

Mengimbas sejarah awalnya, Siput mula berlakon bangsawan ‘’Siput Kuyung’’ bersama bapaknya Dollah Sarawak (nama asli Mohamad Sulaiman) sejak berusia 11 tahun. Dollah Sarawak adalah nama besar dalam dunia bangsawan yang kemudian menjadi pelakon film. Dia merupakan seorang yang buta huruf tetapi mampu menghafal semua skripnya yang dibacakan oleh orang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, Siput menjadi penyanyi kabaret di Singapura sebelum berpeluang berlakon dalam film pertamanya berjudul Singapura Waktu Malam.

Sepanjang kerjayanya, dia telah berlakon lebih kurang 50 film produksi Malay Film Production dan Cathay-Keris dan antara lakonannya yang paling menonjol ialah Hujan Panas, Muda Mudi, Racun Dunia, Korban Fitnah, Patung Chendana, Hujan Gerimis, Naga Tasik Chini, Jiran Sekampung dan Mangsa. Dia juga pernah berlakon dalam produksi Merdeka Studio, Kuala Lumpur untuk film Keluarga 69 bersama P Ramlee. Film Hujan Panas adalah antara film yang paling digemarinya. Keberkesanan lakonannya dalam film itu membuatnya terus mendapat peluang berlakon watak jahat.

Pada zaman kegemilangan film Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Seniman Salleh Kamil, Siput adalah pelakon yang dibenci karena keberkesanan watak jahatnya. Film terakhir lakonannya ialah Layar Lara bersama Azean Irdawaty dan juga seniman dan seniwati seangkatannya seperti Aziz Sattar, Mahmud Jun, Salmah Ibrahim dan Aziz Jaafar arahan sutradara berkaliber, Shuhaimi Baba pada 1997. Dia menghembuskan napas terakhir pada 3 Juni 1999 ketika berusia 78 tahun di block 9 Kempas Road Singapura dan jenazahnya disemadikan di Pusara Abadi di kawasan Lim Chu Kang Singapura. Sedangkan anugerah yang pernah diterimanya adalah Artis Veteran di Festival Fil Malaysia ke-9 (FFM-9) pada 1991.

Dalam film Melayu di Jalan Ampas, selain daripada Salleh Kamil, beliau adalah pelakon yang dibenci kerana keberkesanan watak jahatnya. Dia sering berpasangan dengan P Ramlee, S Roomai Noor, Salleh Kamil dan beberapa pelakon lelaki lagi dalam film-film yang bertemakan sosial. Walaupun tidak boleh membaca, dia pernah berkata, dia tidak pernah menghadapi masalah untuk menjiwai setiap watak yang diberikan kepadanya.

Film-film yang dilakoninya antara lain: Layar Lara (pelakon pembantu, 1967), Keluarga 69 (pelakon utama, 1966), Naga Tasik Chini (pelakon utama, 1965), Ikan Emas (pelakon utama, 1964), Wan Perkasa (pelakon utama, 1962), Mata Syaitan (pelakon pembantu, 1961), Siti Zubaidah (pelakon utama, 1961), Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (pelakon pembantu, 1961), Hang Jebat (pelakon pembantu, 1961), Yatim Mustapha (pelakon utama, 1960), Noor Islam (pelakon utama,  1959), Korban Fitnah (pelakon utama, 1959), Raden Mas (pelakon utama, 1956), Pencuri (pelakon utama, 1955), Menyerah (pelakon utama, 1953), Hujan Panas (pelakon utama, 1950), Bakti (pelakon utama, 1950), Rachun Dunia (pelakon utama,  1950), Pembalasan (pelakon utama, 1949), Nilam (pelakon utama, 1949), Nasib (pelakon utama, 1948), Cinta (pelakon utama) dan Krew Filem (tempatan, 1962).(fed/berbagai sumber)

Sumber: Riau Pos, Minggu, 13 Januari 2013

No comments: