NAMANYA Wan Adam Bin Che Ali Bin Che Senik dan lebih dikenali dengan panggilan Pak Su Wan Adam Kampung Laut. Beliau dilahirkan sekitar 1906 M di Kampung Laut dalam jajahan Tumpat, Kelantan, hasil perkongsian hidup ayahnya dengan ibu beliau, Wan Maimunah.
Tiada informasi yang pasti kapan tepatnya beliau lahir. Datuknya Che Senik, seorang guru Alquran berasal dari Champa, Kamboja yang kemudian hijrah ke negeri Kelantan dan bermastautin di Kampung Laut.
Beliau dilahirkan dalam keluarga yang besar dengan jumlah adik-beradik 23 orang hasil perkawinan ayahandanya, Che Ali dengan empat orang isteri. Che Ali merupakan guru Alquran yang �alim dan wara� dan mengajar di Kampung Laut.
Bapak saudaranya, Che Tahir merupakan Imam di Masjid Lama Kampung Laut.
Dalam keluarganya berpegang teguh pada ajaran agama dan inilah salah satu pemicu bagi dirinya untuk turut mencintai ilmu agama. Beliau mendapat didikan ayah sendiri. Di usia remaja, menuntut ilmu di Pondok Mufti Haji Wan Musa di Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau salah seorang daripada tiga murid yang paling disayangi gurunya, al-�Allamah Mufti Haji Wan Musa anak Tuan Tabal (rahimahumallah). Maka tidak heran jika gurunya ini banyak mempengaruhi pemikiran beliau dalam memperjuangkan sunnah Rasulullah dengan mengangkat Alquran dan Hadis sebagai sumber utama terutama dalam masalah fiqih ibadah.
Dengan gurunya inilah beliau menuntut ilmu fiqih dan tasawuf serta menerima ajaran Tariqat Ahmadiah. Kemudian ia menuntut ilmu hadis dengan Tok Khurasan, seorang pakar hadis yang mengajar di suraunya di Kampung Sireh.
Kecintaan beliau pada ilmu membawa beliau merantau ke Besut, Terengganu untuk menuntut ilmu dengan Tuan Guru Haji Abbas Besut. Di samping itu beliau juga sempat berguru dengan seorang ulama dari Makkah yang datang menetap di Kampung Dalam Pandan, Tumpat, Sidi Azhari (rahimahullah) yang merupakan salah seorang sheikh bagi Tariqat Ahmadiah (ulama ini kemudian kembali menetap di Makkah).
Tamat pengajian, beliau kembali ke Kampung Laut dan membina suraunya tidak jauh dari Masjid Lama Kampung Laut. Beliau berulang-alik mengajar di surau tersebut dan satu lagi surau yang terletak di sebelah Hulu Market, Kampung Laut yang sekarang dikenal sebagai Surau Haji Wan Adam.
Bagaimanapun surau beliau yang terletak tidak jauh dari Masjid Lama itu telah musnah dalam peristiwa �Bah Besar� sekitar 1960-an.
Sebagai seorang yang cintakan ilmu, hubungan beliau dengan guru-gurunya tidak pernah renggang walaupun setelah tamat pengajiannya dan saling berhubung. Kadang-kadang, gurunya Mufti Haji Wan Musa dijemput untuk mengajar di Kampung Laut.
Beliau pernah ditawarkan jawatan Imam Besar Masjid Muhammadi Kota Bharu tetapi beliau menolak karena tidak mau terikat dengan Sultan yang menjadi ketua agama negeri.
Sepanjang hayatnya, beliau dikenali sebagai seorang ulama yang tegas dalam pendirian dan juga garang. Beliau tegas mempertahankan pendirian beliau dalam menjunjung sunnah Rasulullah SAW dan tidaklah salah jika dikatakan beliau sebagai seorang reformis atau pembawa pembaharuan dalam ibadah masyarakat Islam di Kampung Laut.
Beliau berani mengutarakan pandangan beliau berdasarkan ilmu walaupun ia bertentangan dengan amalan penduduk Kampung Laut pada ketika itu dan ditentang keras oleh beberapa guru agama yang tidak sependapat dengan beliau.
Namun begitu, kebanyakannya hanya berkisar kepada masalah furu� (cabang agama) sebagai contoh beliau menentang amalan membaca talqin di kuburan yang bertentangan dengan sunnah nabi dan banyak lagi perkara lain seperti masalah doa qunut ketika Salat Subuh, meletakkan �belindang� atas kubur di kawasan perkuburan awam, sambutan Maulid Rasul dan lain-lain.
Sikap cinta ilmu beliau dibuktikan dengan pertemuan mingguan dengan sahabat seguru beliau di Kota Bharu untuk berdiskusi ilmu-ilmu agama dan kitab-kitab. Betapa agungnya cinta beliau terhadap ilmu agama dapat digambarkan saat suraunya lenyap dihanyut arus banjir besar sekitar 1960-an, puluhan kitab beliau turut musnah dan menyebabkan beliau demam selama seminggu memikirkan dan rindukan kitab-kitabnya yang telah musnah. Kitab-kitab milik beliau menjangkau angka ratusan.
Selain itu beliau juga terkenal tawaduk, menundukkan pandangan dan tak bercakap dengan wanita kecuali ada tabir yang memisahkan pandangan beliau dengan wanita tersebut kecuali ahli keluarga yang terdekat. Beliau juga seorang yang bencikan perbuatan yang sia-sia seperti duduk kedai-kedai kopi.
Pernah satu ketika beliau membuang wakaf kecil yang dijadikan tempat bermain �dam� ke dalam sungai. Terpengaruh dengan gerakan pemikiran dan tajdid oleh Sheikh Muhammad Abduh dan didikan Mufti H Wan Musa menjadikan beliau seorang ulama yang progresif dalam memperjuangkan Islam dan ini dapat dibuktikan dengan penglibatan beliau dalam Partai Islam Se-Tanah Melayu (PAS) serta menganggotai dewan ulama partai tersebut diperingkat kawasan.(fed-dari berbagai sumber)
Sumber: Riau Pos, Minggu, 2 September 2012
No comments:
Post a Comment